리리의 이야기♥
L I L Y S E N P A I

안녕하세요



Lily ; 01 ; +60
BTS | SUZY BAE
MACKENYU ARATA | SUZU HIROSE
s e m i-h i a t u s
#SlytherinPride
FROM RIVER TO THE SEA

Twitter


감사
Template : Arrien Inspirit
Big Help : L U V
Nice View:Google Chrome
Owner: Lily


short vacay with bestie #2 [ late & very long post ]
Wednesday 28 July 2021 • 05:04 • 0 comments
GOLDEN HILLS APARTMENT

Wow. There's so many things I want to post but here I come. Forever delaying what I want to do.

This event was happened back then on 2017. It was the second year for me and my dear bestfriends to go on short holiday again. Okay kali ni kami decide nak pergi Cameron Highlands. This time only 3 of us. Agon dah kahwin masa ni and she was pregnant that time. So ini lah serba sedikit journey kami dekat Cameron.

Day 01 -- kami bertolak sebelum subuh dan ada stop dekat certain places untuk solat, makan, isi minyak & top up touch and go. Kami lalu jalan lain (selalunya Lily & family masuk Dengkil) tapi kali ni kami masuk Kuala Lumpur dan kami lalu Simpang Pulai instead of Tapah (sebab geng-geng kata jalan tapah teruk sangat masa tu tambahan pula tengah musim hujan.  So sampai lah kami dekat area Brinchang dalam selepas zohor. Sekarang nak cari hotel yang kami book dari booking.com iaitu Golden Hills. tempat ni terletak dekat Sungai Ruil dan betul-betul berhadapan dengan pasar malam baru Cameron Highlands (dulunya dikenali sebagai Pasar Malam Brinchang & terletak di Brinchang) untuk sesiapa nak cari tempat untuk menginap & berhampiran dengan pasar malam, apartment ni sangat-sangat ideal. Cewah bebel. Kami book apartment 1 bilik. Sangat bersih & comfy sebab tempat ni baru time kitorang pergi. 


KEA FARM | KEA GUEST HOUSE

200 SEEDS CAFE | NASI LEMAK ABANG STRAWBERRY




Okay dah check in, kami solat dan rehat sebelum keluar semula. Kami keluar petang tu dan singgah ke 2 tempat iaitu Kea Farm & 200 Seeds Cafe (atau mungkin korang lebih kenal dengan Nasi Lemak Abang Strawberry) sebelum pulang semula ke hotel/apartment kami. Kea Farm nie dia ala-ala pasar tani dekat tempat kita sendiri & Pasar Malam Cameron. Cumanya dia ni bukak dari pagi sampai malam & 7 hari seminggu. Dekat sini ada jual sayur, buah-buah, baju dan patung. Tapi sayangnya, susah nak cari tempat parking. Terutama masa cuti sekolah. Kea Guest House ni pula dekat bahagian dalam. Nak ikutkan dia ada signboard yang tulis hanya guest diorang je yang boleh masuk & ambil gambar tapi disebabkan ada orang lain yang masuk juga, kami pun masuk. Tempatnya macam cantik. Ada yang pernah pergi, boleh lah share-share sikit ye.

Dah menapak dekat Kea Farm tu baru lah rasa nak makan so kami pun bergerak dari Kea Farm tu ke 200 Seeds Cafe atau sesetengah orang panggil Nasi Lemak Abang Strawberry. Cafe ni terletak dekat area Tanah Rata. Kalau korang perasan, ada sign 'Kampung Taman Sedia'. Dekat area Kampung Taman Sedia ni sebenarnya banyak jugak homestay atau chalet melayu kalau korang rajin pusing-pusing. Lily dah pergi cameron ni banyak kali juga. Setiap kali pusing, ambil no phone homestay atau chalet area situ lepas tu ghaib no phonenya. Tak tau simpan mana. Ahahaha. Okay. Selain homestay, dekat area sini ada juga cafe atau tempat makan lain. Sebenarnya lily selalu pergi Opah Strawberries & Jams. Tempat opah ni betul-betul sebelah Abang Strawberries tu. Tapi biasanya Lily pergi pagi. Masa lily pergi dengan my dearest partners in crime ni, Opah tu dah tutup. So kami makan dekat 200 Seeds Cafe ni. Lily makan nasi lemak endang dan air coklat ice.

Lepas dah kenyang, kami bergerak balik semula ke apartment yang kami sewa dekat Golden Hill. masing-masing memang penat gila. So kami mandi, solat lepas tu lepak-lepak kejap. Macam biasa, sambil lepak kalau tak mengunyah boring juga kan? Tadi tak beli siap-siap. So kena turun semula. Kalau korang duduk dekat Golden Hills ni, level bawah sekali ada kedai. Ada kedai runcit, kedai makan. Time Lily pergi dengan dorang ni, belum ada 7 Eleven lagi dekat area Golden Hills. Sekarang dah ada dah. Okay. So kami turun siap pakai sweater semua. Memang kena pakai sebab sejuk gila time ni. Cameron memang dah sejuk ditambah pula dengan hujan petang tu. Perghhh. Beku. Ahahaha.

So kami pusing pasar malam Cameron. Sambil-sambil cuci mata, kami beli lah mana-mana souvenir untuk bawak balik nanti. Pasar malam Cameron ni kan, kalau korang duduk dekat Golden Hills ni, depan hidung je. Tak payah nak berkereta bagai. Turun dari apartment terus jumpa pasar malamnya. Cumanya kalau kau pergi berjalan naik kereta lepas tu balik time pasar malam dah buka, masak jugak nak hadap trafik dengan nak cari parking lagi. Ohh ye. Pasar malam ni sebenarnya sebelum ni dekat Brinchang tapi dipindahkan ke sini. Tapak pasar malam lama tu dorang tengah buat bangunan masa Lily, Bella & Ain pergi sini. Tak pasti hotel atau shopping complex. Dah balik pasar malam, kitorang singgah kedai runcit. Beli jajan sikit dengan kad Uno Avengers. Naik semula ke apartment, kami mengunyah sambil tengok tv dan berjudi. Ahahaha. Jangan salah faham ye. Gurau je. Main uno kad tadi tu. Kami ni kalau borak kosong, mana pernah aman. Memekak saje. Tambah tengah main kad. Riuh gila jadinya. Dah lepas tu kami semua dah penat so time untuk rehat. Esok nak berjalan lagi.


TEA VALLEY | BOH TEA CENTRE SUNGAI PALAS

LAVENDER GARDEN


02nd day -- Ke mana kita ni? ouo Okay. Pagi-pagi lagi kami dah gerak keluar dari Golden Hills sebab ye lah. Lapar kan? Tak makan lagi so nak cari makan sekali lah jadinya. Kami bergerak ke destinasi pertama untuk hari ni, Boh Tea Centre Sungai Palas. Jalan nak ke ladang teh yang satu ni mencabar jugak. Siapa yang drive takut-takut tu memang tak digalakkan kot untuk drive untuk naik ke atas ni. Jalan untuk naik ni betul-betul depan Hotel Nova. Selain bengkang bengkok, jalan dia sempit juga. bila ada kereta berselisih, memang berpeluh lah. Okay. Kitorang dah sampai atas. Kami berserapan dekat atas tu. Makanan yang lily pilih, scones. scones ni datang sekali dengan butter & strawberry jams. Selain dari scones ada jugak benda lain. Banyak pastry untuk korang pilih. Nasi lemak & mee goreng pun ada. Kalau korang nak pencuci mulut, kek pun ada juga. Air? macam-macam teh ada. Pilih je. Nak ambil set dalam teko kecik pun ada. Comel je. Tapi Lily ambil teh satu cawan je. Ohh ye. Kalau korang nak beli teh untuk bawak balik pun boleh. Macam-macam jenis yang korang jarang jumpa ada dekat sini. Tapi yang teh strawberry tu takde dekat atas ni ye. Semua yang dekat atas ni teh dari Boh je. Ada sabun jugak tau. Based on tea. Boleh jadikan souvenir lah. So kitorang lepas makan, ambil gambar & beli teh sikit untuk souvenir kami gerak turun. Lagi satu korang kalau nak pegi memang kena awal. First sebab ramai gila. kalau nasib kurang baik, nak makan kena tunggu orang lain habis makan pula. Second, sebab nak kena hadap jammed pula. Seram jugak masa jammed tu. Okay next? Where to?

Alright. Lepas turun dari boh, kami bergerak ke area Tringkap. Mana lagi kalau bukan Lavender Garden. Yang dekat Lavender Garden ni masalahnya bila ramai orang, susah pulak nak dapat parking. Tapi kitorang Alhamdulillah dapat parking. Berbeza dengan ladang teh Boh yang masuk free, Lavender Garden ni kalau nak masuk kena bayar. Tak mahal pun. Tak sampai RM10 masa tu. Dekat sini memang rata-rata orang bergambar sebab banyakkk bunga. Kalau tak silap, korang boleh beli bunga juga. Nama pun lavender kan? So korang mesti nak try ice cream Lavender dekat sini. Lily pernah try dulu. Tak kena dengan tekak Lily so sekali tu je lah. Ahahah. Ohh dekat sini ada jual magnet, sabun dannn coklat! Tapi bukan coklat lavender ye. Rata-rata based on strawberry. Sehari 2 tempat je. Dah penat ni. Balik tu konon nak terus pegi pasar malam lah. Beli something untuk lepak-lepak malam nanti tapi mak aihhh. Sejuk beku sungguh malam ni. So macam semalam, kami naik atas dulu. Mandi solat semua. Dah suit up dengan sweater baru turun. Beli lagi tambahan stock untuk bawak balik Johor nanti. So naik semula tempat kitorang menginap, susun segala benda, packing & iron baju untuk esok. Sobs. Esok last & hari gerak balik johor. Kalau boleh nak duduk situ. Ahahaha.

TAMAN ARGOTEKNOLOGI MARDI CAMERON HIGHLANDS | BIG STRAWBERRY FARM | BHARAT TEA PLANTATON

03rd day. The final and last day for sure. Ikutkan hati, tiga-tiga taknak balik. Siapa je nak back to stressful life when we have an option to have less stressful life and beautiful nature as plus point? Tapi no option lah. Kena balik sebab kerja. Ahahaha. Okay lepas kemas & check out, kitorang gerak ke area Tanah Rata. Nope. Bukan turun dari Cameron ikut Tapah. Tapi nak singgah Taman Argoteknologi Mardi Cameron Highlands. Time ni masuk murah je. RM 5.00. Sekarang tak pasti pulak. Masuk-masuk ada orang ambil gambar kita dengan maskot Mickey & Minnie Mouse. Lebih kurang dengan yang orang ambil gambar kita time nak masuk Zoo atau certain theme park tu. Nanti sebelum balik boleh lah kalau nak beli. Taknak pun takpe. Dalam ni ada pokok-pokok dengan animals macam rabbittu. Kalau berani & nak pegang boleh je masuk sangkar dia tu. Dalam ni ada ladang teh juga tapi yang Lily nampak tu tak besar macam Boh rasanya. Ada jugak jual makanan sikit, benih pokok & souvenir. Tapi sengat Lily, Lily takde beli apa-apa dekat sendiri selain makanan dengan gambar sebelum keluar tu.

Nak keluar dari Tanah Rata ni Allahu. Semput ye sebab jammed. Tapi tu lah. Cameron mana ada tak sesak kalau weekend. Next itorang bergerak ke Big Strawberry Farm. Parking dekat bawah lepas tu nak nangis ye manjat dia. Aahhahah Tapi masuk free kalau nak pusing-pusing. Ada ual makanan  souvenir jugak dekat sini. Tapi kalau nak masuk & petik strawberry kena bayar. Lily lupa pulak berapa ringgit. Bella nak petik strawberry. Boleh masuk 2 orang dekat sini. Nanti dah lepas petik, dia timbang. Ikut lah kita nak beli berapa banyak. Kalau kita petik lebih dari yang kita nak beli, selebihnya tu dia ambil lah.

Lepas dah penat memanjat, kita turun semula ke parking. Final destination dekat Cameron time tu ialah Bharat Tea Plantation. Bharat Tea ni ada dua ye. Kalau korang ke area Tapah akan jumpa satu. Lily, Bella & Ain nak turun lalu Simpang Pulai so singgah yang menghala sana. Dua-dua ni tepi jalan je. Senang nak jumpa. Dekat sini pun ada jual teh kalau korang tak sempat beli dekat pasar malam. Ada souvenir jugak tapi takde lah banyak sangat. Dekat ini kitorang cuma singgah nak makan, minum & bergambar dekat ladang teh je. Yang area Lily pegi ni tak perlu nak turun atau panjat nak ke ladang teh tu. Orang pun tak ramai sangat time ni. Kitorang beli teh yang set dengan teko tu untuk minum dekat sini. Makanan ada pastry  & western jugak time kitorang pegi. Dah puas bergambar, time untuk gerak balik. Jalan turun guna Simpang Pulai ni tak ramai so smooth je time ni. Tapi bila masuk highway. Bertabahlah. Dari tenang lepas release stress, jadi stress semula. Ahahaha. 

Sekian kisah kitorang pergi berjalan. Malas nak cerita pasal balik sebab cerita pasal jammed je semata. Anyway cerita ni back on 2017 ye. Sekarang obviously dah banyak yang berubah. McD pun dah ada dekat Cameron Highlands. Bila agaknya ada rezeki & boleh travel lagi?
















Labels: , , , ,


0 Angel (s) | Comment Here Angel (s)