리리의 이야기♥
L I L Y S E N P A I

안녕하세요



Lily ; 01 ; +60
BTS | SUZY BAE
MACKENYU ARATA | SUZU HIROSE
s e m i-h i a t u s
#SlytherinPride
FROM RIVER TO THE SEA

Twitter


감사
Template : Arrien Inspirit
Big Help : L U V
Nice View:Google Chrome
Owner: Lily


journey to bumi pahang:.
Thursday 22 September 2011 • 13:19 • 0 comments

assalamualaikum. berapa jarak masa lily tulis entry nie dengan entry sebelum ye?? lu kire la sendiri. hahaha. sebenarnya entry kali ni, lily nak share pasal perjalanan lily sekeluarga ke pahang untuk menghantar my one and only brother yang further study kat sana. study kat mana?? okay nama tempat dia belajar tu ICAM yang terletak dikawasan pekan,pahang. dia melanjutkan pengajiannya di peringkat diploma dengan course pilihannya vehicle inspection.

okay. lily sekeluarga menaiki dua kereta. kereta wira (milik ummi & ayah) dan juga kereta exora (milik acu & paksu). actually kami pergi dua family. my family dengan family acu. walaupun takde lah berjalan sangat, tapi seronok jugak. setelah sekian lama terperap di rumah. lily bertolak sekitar jam 7.00am pada jumaat 16 september. kitorang bergerak menuju pekan,pahang dengan menggunakan jalan kota tinggi-mersing.

sekitar jam 11.40am lily selamat sampai ke kawasan tempat penginapan kami untuk 3hari 2malam tuu. lily & family tak tempah hotel mahupun chalet. kitorang just menyewa homestay yang terletak di taman perumahan kira-kira 10minit perjalanan (guna kenderaan tau) dari ICAM. okay. berehat sekejap tengah hari tu. guling-guling serta makan-makan. petang hari pertama tu, kami merayap. pusing-pusing di daerah pekan. sebelum balik semula ke homestay, kami singgah makan kat satu kedai murtabak tepi jalan. not bad tapi sedap lagi murtabak kat johor kot. terbaek boboiboy. haha..sorry orang-orang pahang. okay...pastu terus balik homestay.

esoknya (sabtu,17sept) kami berjalan ke kuantan pulak. kami singgah kejap kat teluk chempedak. cantik jugak kawasan tuu. adik-adik & cousin lily dok main bubble. nak mandi pantai tak boleh. panas yang terik teramat. selain faktor kedua, takde pakaian spare & tak tahu lah boleh mandi ke tak area situ sebenarnya! haha. pastu sebelum puas bergentayangan kat teluk chempedak tu, parents kitorang suh masuk keta pulak. ishhh. pastu pi melantak lunch pulak. dah kenyang, kami balik semula ke homestay.

hari ketiga atau terakhir kat pahang (ahad,18sept) lily dan adik kedua lily menemani ummi,ayah and rashed untuk registration. settle register kat ICAM, kitorang balik homestay semula. sekitar 12.30pm (waktu malaysia), 1.30pm (waktu korea). padahal kitorang perlu check-out pukul 12. sesampainya di homestay, kami tak terus check-out. sebaliknya menghangkut barang-barangan adik lelaki lily untuk disumbat ke kereta. barang-barang kitorang..masih lagi kat homestay berkenaan. kami bergerak ke hostel adik di tanjung lumpur (kalau tak silap laa. hehe). okay selesai tersengih-sengih dan akhirnya menangis berhingus-hingus, kami meninggalkan adik lily bersama rakan-rakan seperjuangan beliau kat sana. best of luck young man. belajar elok-elok. along doakan ko berjaya dunia akhirat. amin^^.okay.

seketika kemudian kami singgah makan sebab kebulur gila tak makan dari pagi. ohh. seksa perut ku ini. next, balik homestay buat solat jamak & qasar untuk asar dan zohor. lepas tu baru hangkut barang & chow. beberapa minit sebelum beransur keluar dari homestay, pemilik homestay berkenaan telefon ayah lily bertanyakan perkhabaran dah blah ke belum kitorang dari homestay tu. ayah lily mintak maaf & bagitahu keadaan kitorang yang terkejar-kejar tu. alhamdulillah pemilik hoemstay tu paham. next.

ayuh pulang! mari beransur ke johor! happy balik jb tapi sedih sebab dah kurang sorang isi kereta + rumah. kami berhenti menunaikan solat kat masjid pulada,kota tinggi. pastu kitorang makan kat warung pakcik kepada paksu. makan je kerjanya. hahaha. dah full, balik rumah.

dah balik, tak boleh terus rehat sebab esoknya (isnin,19sept) lily pula nak ke melaka untuk pendaftaran semester baru. packing punye cite lah malam tu sebelum tidur. okay let's end this entry here. see you soon kesayangan lily!




0 Comments:

Post a Comment


? ?